salam..hihi happy sebentar sebab berpeluang on9 malam nie..tak lain tak bukan hanya nak mencoret di blog..sekarang dah masuk bulan 11..bulan yang majoriti pelajar dan sebilangan guru ternanti-nanti..bagi pelajar form 1..2..3.. dan 4 diorang semua tak sabar nak cuti la kan..cuti last year yang paling best untuk semua orang..macam tu jugak cikgu-cikgu diorang akan gunakan kesempatan masa yang ada untuk meluangkan masa bersama insan tersayang..bagi pelajar tingkatan lima seperti aku ni bukan masa yang sepenuhnya nak enjoy tapi sepenuhnya kena tahan mata dari tidur..akibat la da lama kan enjoy da last minute baru mengelabah..masih teringat malam tu..cik kopi
a.k.a dak bilik aku..dye mengadu dekat bf dia yang tak boleh tidur awal malam tu..lelaki tu tanya kenapa..jawapannya sebab banyak lagi tak baca..lelaki tu tanya habis sepuluh bulan yang lalu hilang ke mana?..haha bijak jugak lelaki tu..aku dan cik kopi hanya jawab sepuluh bulan lalu hilang ditelan mimpi..kami berdua sangat teruk perangai..balik sekolah kalau petang tu tak ada kelas apa lgi tidur lah sampai azan maghrib berkumandang..selagi aku tak bangun dia tak kan bangun..hari-hari berlalu macam itu lah..sekarang baru lah tak cukup tidur dibuatnya..

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA...baru jugak lah bermula..aku tak tahu apa jadi kat kertas karangan aku..selalunya aku lakukan yang terhabis baik tapi aku tak yakin kali nie..kesilapan pertama aku buat ..aku tulis karangan bahagian A dulu..sebelum nie mana-mana exam aku akan amek masa untuk pilih bahagian B terlebih dahulu..kalau aku amek bahagian A aku akan mengelabah untuk spare masa kat bahagian B..yang kesilapan kedua..aku tersalah pilih karangan yang agak mencabar..bukan agak..dah memang mencabar pon..bila da tulis separuh jalan mula panik untuk tarik balik perhatian pemeriksa sebab aku hilang idea..keluar dewan aku tak semangat langsung..cikgu zalina ada pesan kat aku.."
tiqah..saya yakin awak boleh dapat A+..tambahan lagi karangan..buat karangan macam mana karangan yang penah awak buat dekat saya..kalau awak dapat buat maknanya semua pelajar tingkatan lima dapat buat"...aku terpikir balik ni da terbalik..semua pelajar tingkatan lima dapat buat aku yang tak dapat buat,..haha sedih dan hanya mampu berdoa yang terbaik..maaf cikgu zalina..sejak hari itu aku mula mengelak dari dia..aku tahu dia selalu nk tnya kat aku pasal bm tapi aku akan bz kan diri..
kemudian berlangsung pula paper b.i..tau2 la kan nama pun BAHASA INGGERIS..agak kurang lah aku..tiada apa yang menarik pun terjadi..cuma malam sebelum paper b.i aku belajar nan dak bilik aku b.i..dia hebat b.i..sangat hebat bagi aku..paper bm aku dah ajar...paper b.i dia la pulak tolong aku..agak memberi pengelaman baru pada aku sebab okey la jugak..

lalala..akhirnya paper sejarah menjelma..nervous jugak tapi suka..cikgu sanariah cakap ..
"tiqah saya yakin 100% awak dapat jawab " oh my God..! jangan lah letak harapan tinggi..aku tak takut sangat esei cuma objektif yang aku takut..tahu tak aku tidur pukul 4 pagi sebab prepare untuk paper sejarah..pening sangat esoknya..tapi untuk sejarah aku sanggup..alhamdulillah aku dapat jawab esei..bila mintak kertas tambahan..ada yang kata
ai over tol jawab sejarah..aku just cakap ada aku guna kertas kau ke or aku guna suara kau untuk mintak kertas..tak adakan..haha tapi dalam hati jer jawab xnk la start gaduh nanti..ateh ada cakap dia nangis jawab sejarah sebab susah lain la aku yang senang saje..aku tak jawab papa..setiap orang ada kelebihan masing-masing..terletak kepada anugerah yang Allah turunkan pada diri hambanya..lagipun aku jawab okey sebab soalan tu akan jadi mudah dekat semua orang kalau diorang buat latihan spm 2007..soalan majoriti copy n paste..naseb baik malam tu aku paksa cik kopi baca 2007..tengaok-tengok keluar,,ha baru la nak tersenyum ucap terima kasih kat aku kalau tak membuta je kijenye..geram jugak sebab zaman gelap dan gerakan islah tak masuk..ei penat aku ingat sgat kat dua bab tu...sejarah selamat tinggal..
paper matematik tak da komen sangatlah..okey je..lagi pun format soalan dia sama je..angka dan gambarajah ja yang berbeza..agak gembira sebab pertama kalinya dapat jawab soalan probability..soalan killer bagi aku..amek masa 5 minit sebelum masuk dewan untuk belajar dari maziana..ternyata membuahkan hasil..

aku geram sangat nan minggu lepas..selaku ketua bilik memang aku tak pernah tegas pun nak tegur perangai dak2 bilik aku..aku tak pernah sekali pun suruh diorang buat apa2 tugasan yang aku kena buat..hari tu aku sangat bz nk spm..dan2 plak masa tu ketua aspuri baru memekak suruh hanta jadual kedatangan bilik untuk bulan tu..nak je aku sletip mulut dia,..xda hari lain ke nk mintak..then aku terpaksa lah suruh sorang dak form 3 bilik aku ni buatkan..jawapan yang dia kasi mulanya agak menyenangkan tapi akhirnya menaikkan darah aku..
kak tiqah xpalah nanti owg buatkan..okey aku ley sabar lagi...tq sbb tolong aku yang tangah bz..tengok2 boleh smpai ke malam langsong dia tak buat..dia melepak je..nk je aku bukak mulut marah..11 bulan sekolah aku laksanakan tugas tu sndri..nk mintak tolong kali tu pun tak boleh..?then amek kertas aku senyap dan buat..mula terlintas dalam hati tak semua perkara kita boleh mintak tolong orang len lakukan..meskipun dalam keadaan sibuk sekalipun..minggu aku spm..dak2 bilik tanya aku bila nak basoh bilik air..aku dan cik kopi jawab la..
sabarlah esok kitorang paper mathe..paper last minggu nie..tunggu la esok kitorang tolong basohkan sekali meskipun form 5 terkecuali buat benda2 gitu..lepas tu,,esoknya..aku arahkan la jom la basoh bilik air dan kemas bilik..nanti tak sempat esok da nk balik..ape2 jadi nnti aku yang kena marah kalau bilik kotor..last2..pe yg jadi..hanya aku,cik kopi,aziera nan dak form 1 due ketul yang kemas..yg 2 ketol lagi bagi macam2 alasan..aku penat jugak tapi paham la..diorg dua tu g tidur,,,aku nan yang len smpai kol 2 pgi bru setel semua..rajin sekejap ritu..dengan jiran sebelah pergi kotorkan singki dengan muntah kat situ tak basuh..busuk gila da la x mengaku..macam lah aku tak tahu sapa buat..da aku nan cik kopi terpaksa basoh jugak..puiiii...habat..jangan muka cantik tapi kebersihan korang abaikan..gayut nan bf boley..bukan main merdu nya suara tapi hakikat aku je yang tahu..da la dah umor 17 tahun..pakaian lgsong x jge basoh ke x...kalau kemas pape yg melibatkan lelaki laju lah korang..pakaian sendiri nan diri sendiri tak terurus..geram nye..!! aku tak penah redha kena basuh muntah tu..t jangan lupa cari aku untuk mengaku buat salah..puiii bajek je cantik..!!!pemalaz aku ni tak lagi lah tak care sal kebersihan ..eiiii geram..!
hari jumaat untuk sesi persekolahan 2012 yang terkhir kalinya..hari terakhir untuk nampak dak form lain termasuk guru2 jugak...sedih..no komen..cuma terpikir kenapa cikgu roziha cakap kat aku masa aku salam nan dia..
"tiqa..so far so good"..ignore kan jela..hihi
......................................................................................................................................................................

kak na da nak pindah johor..aku sedih tapi tak termampu untuk halang..mungkin jugak ni jalan terbaek untuk aku berhenti bermanja nan dia..dari kecik aku susah nak berpisah nan dia..dia masuk matrik pun aku nangis sebab pisah..kemudian dia masuk universiti aku nangis jugak..dan kini umur aku da 17 tahun pun.aku cuba untuk berhenti da wat sikap gitu..biarlah dia ada kehidupan nya bersama suaminya..dan kini aku dengan kehidupan aku..aku akan habiskan masa bersama mak dan abah..selagi kesempatan masih milik kita..selagi tulah layan ibu bapa sebaik mungkin..disaat aku dengar berita kematian jiran2 ku..aku sentiasa berdoa dan berharap aku dijauhkan dari situasi tersebut..aku belum bersedia hadapi itu semua..semoga Allah masih tidak menarik nikmat itu dari aku..teringat tadi ceramah ustaz azhar idrus cakap...kalau nak kira nikmat Allah guna kalkltor pon akan rosak..semoga nikmat itu masih terus berada padaku..

tinggal tiga minggu je lagi aku jejak kan kaki di seri bera..terasa berat hati nk tinggalkan...dan aku akan kembali bila resut aku keluar nanti,,tempoh masa yang sangat lama..aku tak pernah terlintas sikit pun dalam hati aku sedih nak berpisah nan dua kawan aku tu...bukan tidak menghargai mereka..bagi aku berakhirnya spm maka berakhirlah persahabatan kita..tentang aku dan abg..so jawapan nya terpisah jugak lah..memang betul kata-katanya kami hanya rapat dalam mesej..hakikat sebenar apapbila berdepan kami seolah-olah membawa status yg sama sebagaimana orang lain..masa yang ada sudah pun berlalu..cuma aku masih berharap agar kami masih kekal sebagaimana sekarang untuk tempoh jangkamasa yang akan datang...kak na da tak da disamping aku..so mungkin selepas ini abg la jadi mangsa untuk aku ganggu 24 jam untuk 12 bulan bersamaan satu tahun..hahaha..au nak selamatkan diri baek cepat2 menjauh...nanti jangan menyesal diganggu makhluk perosak nie..terima kasih sebab sepanjang hari untuk 4 hari exam spm bg sesi minggu pertama..abg ucap
"buat elok2"..kadang2 rasa macam dah boleh hafal ayat tu..haha...sekurang-kurangnya tahan la jugak bg semangat sikit la..boley la..haha..mungkin lepas nie da xjumpa abg..tambahan nampak abg pake baju merun tu,,,haha da x nmpak da setiap hari,,dan paling penting dapat selamat kan kepale ni daripada diketuk oleh seseorang yang agak kejam..satu hari nanti adk balas balik ape abg buat tu..satu je harapan..
"abg..tolong jadikan adk sebagai seorang yang berjaya dalam hidup sebagaimana apa yang dirimu capai pada hari ini"..I don't want to leave you..!!
okey ini sahaja untuk hari ini...