Sunday, February 10, 2013

my life journey-sad

Hari ini merupakan tahun baru cina bagi sesi 2013..ahad..10 feb 2013..akak dan abg man balik..begitu juga kak na dan abg zudin..jujur aku katakan aku gembira dengan kepulangan orang yang aku rindui..namun masih terselit dalam hati aku merindui seseorang yang tak kan mungkin akan jadi kenyataan..semalam hari sabtu kan..abg zudin dan kak na ajak aku pergi jalan dekat star mall..kak na kata masa kat johor lagi abg zudin dah cakap nak ajak adik tengok wayang..aku terharu dengan sikap dia..walaupun dia bukan abg kandung aku tapi dia menggembirakan aku..sepanjang perjalanan hati dan fikiran aku ditempat lain..aku memikirkan seseorang..mula-mula nak tengok cerita perang tapi kena cancel kan la..adam ikut..dia tak boleh tegok cerita tu..jadi tengok lah cerita lain..dari petang sampailah ke malam baru balik..singgah kfc dan balik rumah..penat sangat namun dalam hati jauh terselit perasaan yang tak mampu nak dilupakan walau seketika..




Ya Allah..entah mengapa..aku merasakan aku kesunyian..tiada tempat mengadu mahupun tempat melayan kerenah aku..jika dulu setiap kali menaip di halaman blog ini..tidak pernah sekalipun aku lupa untuk menyatakan penghargaan kepada dirinya namun kini sebaliknya yang berlaku..dulu disini aku menggelarkan dia sebagai nama panggilan namun kini aku tidak merasakan aku perlu menyatakan namanya..aku memahami dia berkerja malahan aku pula dirumah senantiasa lapang tanpa sebarang kesibukan..namun aku tidak pernah meminta dirinya meluangkan 24 jam masanya bermesej dengan diri ku..aku ingin sekali menyatakan kepadanya yang kini aku merasakan dirinya lain sangat dengan aku,,layanan semasa aku disekolah jauh sangat baik berbanding sekarang..dulu walau bila sahaja aku menghantar mesej kepadanya sudah tentu akan ada jawapan darinya..namun kini mesej aku pun langsong tidak berbalas..aku tahu kehadiran aku saban hari hanya menyusahkan nya..namun hati aku untuk menahan diri dari bermesej dengannya amat susah..aku cuba untuk tidak mengganggunya..namun aku gagal..aku tetap ingin menghantar mesej kepadanya..aku sudah menjadikan dia seseorang yang amat special dalam hidup aku...mengapa kini aku sedar jauhnya dia dari aku,,seharusnya dari dulu aku mengingati diri agar bersedia menghadapi hari aku akan bersendirian jua..kini segala gambar dia aku dah buang..nombor dia aku da delete..termasuk lah semua chat aku dengannya..dengan harapan cara ini mampu membuatkan aku lebih bijak mengawal perasaan dari mengganggu dia..kata-katanya banyak membuatkan aku terasa namun aku diamkan kerana sebanyak mana aku merajuk sekalipun belum tentu lagi ada layanan darinya..aku tak tahu macam mana aku nak biasakan diri untuk sehari tidak bermesej dengan nya..mengapa aku tidak dapat merasakan kemesraan seperti dulu..aku kini cuba menjauhkan diri..aku rindu sangat dekat dia..tapi aku tak boleh buat apa-apa,,aku nak sangat hantar mesej dekat dia..atau pun chat dengan dia..tapi aku belum pasti ada jawapan dari dia...daripada aku kecewa lebih baik aku tak lakukan tu semua..kenapa mesti aku ditemukan dengan dia jika sekadar sementara..kini aku tak kan ganggu dia lagi..mahupun dengan satu mesej..aku disini buat tu semua bukan senang..setiap hari aku tunggu mesej dia..tapi aku tahu tak kan ada..mulai hari ini aku tak kan lagi bising2 kat dia..bebas dia dari aku..kalau ada mesej dari dia..aku akan anggap itu semua tak berguna lagi..hati aku dah bosan nak sabar aja..aku dicari bila perlu,,,bila tak perlu,,aku ni macam tak pernah pun nak diingati...aku je yang sibuk ingat dia..mesej dia..sedangkan dia tak pernah lakukan itu semua sejak kebelakangan ni..aku tahu blog ni tak kan lagi jadi kunjungan darinya..biarlah dia sibuk atau apa sahaja..aku dah tak nak tahu..aku cuba lupakan semua..walau susah tapi aku yakin suatu hari nanti aku boleh..segala janji yang dia akan selama ada dengan aku atau janji tak kan tinggal aku..sekarang aku anggap kami tak pernah berjanji apa-apa..tak perlulah dia kini menepati janji nya..aku sayang sangat dia..rindukan dia sangat..walaupun kami tak ada pertalian darah namun aku selalu ingat dia dan anggap dia terpenting dalam hidup aku..hanya dia boleh buat aku senyum..gembira..dia semangat aku..aku harus bijak berdikari..dia bukan milik aku..aku harap jauhkan dia dari baca blog ni..aku tak nak dia tahu semua ni..dulu kita selalu paham tapi sekarang aku akan menyerah..masa bukak blog..aku terbaca apa yang aku taip kat blog..aku memuji dia..rindukan saat dulu..aku nangis..dan aku harap ini kali terakhir aku bersedih ingat dekat dia..jika dia sedang bergembira..aku juga akan lakukan yang sama tanpanya lagi..


 

No comments:

Post a Comment